
"Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berupaya melahirkan generasi masa hadapan yang berkeyakinan, sentiasa menunjukkan semangat perpaduan, kesukarelawanan dan patriotisme."
"Berdasarkan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628] melalui Proklamasi (P.U. (A) 126/2025) dan Perintah Latihan Khidmat Negara (Orang Yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara) 2025 (P.U. (A) 129/2025), setiap rakyat Malaysia yang terpilih wajib menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi kemasukkan PLKN tahun 2025, pelatih akan dipilih dikalangan warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2007 sahaja.
Semakan boleh dilakukan melalui Sistem PLKN 3.0 (Semakan E-PLKN 3.0) bermula 17 Jun 2025."