Jabatan Latihan Khidmat Negara telah ditubuhkan pada 16 Oktober 2003 di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) susulan kelulusan cadangan Jemaah Menteri berkenaan pelaksanaan program tersebut pada 28 Mei 2003.
Program Latihan Khidmat Negara merangkumi Akta Khidmat Negara 1952 (Akta 425) dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).
Kakitangan warga Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) terdiri daripada Tentera dan Perkhidmatan Awam. Diketuai oleh Ketua Pengarah dan dua sektor iaitu Sektor Pengurusan dan Sektor Latihan.
Perintah Latihan Khidmat Negara
(Orang yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara) 2025
Sebarang aduan, pertanyaan, cadangan, dan maklum balas boleh emel kepada " info.jlkn@mod.gov.my ".
Kementerian Pertahanan MalaysiaJabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
Alumni PLKN Malaysia merujuk kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia. Program PLKN merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang dilaksanakan untuk melatih belia Malaysia dalam pelbagai aspek, termasuk disiplin, kepimpinan, kemahiran, dan kerjasama. Setelah tamat program ini, para peserta yang telah selesai menjalani latihan PLKN menjadi sebahagian daripada kumpulan alumni.
Page 1 of 3
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Pejabat Ketua Pengarah
Dato' Haji Ya'cob bin Haji Samiran Ketua Pengarah yacob[at]mod[dot]gov[dot]my 03-4013 3601
Puan Wan Nor Izan binti Wan Abdul Azizan Setiausaha wnizan[dot]waazizan[at]mod[dot]gov[dot]my 03-4013 3643