Pada tahun 1952, rang undang-undang negara berkaitan dengan khidmat negara telah diwartakan sebagai Akta Khidmat Negara 1952 atau Akta 425

Akta ini berkenaan dengan penglibatan orang awam untuk khidmat negara bagi melaksanakan perkhidmatan dalam angkatan tentera, pasukan polis dan angkatan pertahanan awam dengan fokus utamanya untuk menyokong keperluan angkatan tetap dan simpanan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pada 30 Oktober 2002, Jabatan Kabinet telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga untuk kaji kepentingan pelaksanaan bentuk kerahan tenaga. Walaubagaimanapun, istilah “Kerahan Tenaga” telah ditukar kepada “Khidmat Negara” pada 12 November 2002 di mana empat Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan yang meliputi kewangan, kokurikulum, undang-undang dan logistik bagi program ini.