Berita
Perbarisan Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 2 /2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 24 Jun 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (515 AW) hari ini.
PLKN 3.0 Siri 2/2025 telah berakhir selepas 45 hari latihan intensif yang bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun 2025 di Kem Rejimen 515 AW. Seramai 187 pelatih wanita berusia 18 hingga 25 tahun telah mengikuti latihan ini yang terplilih melalui sistem dan secara sukarela, mencerminkan kepelbagaian kaum, agama dan lokaliti.
Sepanjang program, pelatih didedahkan dengan modul latihan yang seimbang, merangkumi 70% latihan asas ketenteraan dan 30% komponen kenegaraan. Pendekatan ini bertujuan membentuk generasi muda yang berdisiplin, bermotivasi, serta memiliki semangat patriotik yang tinggi. Selain itu, program ini turut menanamkan kesedaran sivik, nilai-nilai murni, semangat perpaduan dan budaya kesukarelawan dalam kalangan pelatih.
-
Siaran AkhbarSiaran akhbar digunakan untuk mengumumkan perkembangan baharu, acara, pencapaian atau kenyataan rasmi berkaitan PLKN 3.0
-
BeritaBerita adalah laporan atau informasi tentang suatu peristiwa atau kejadian PLKN 3.0 yang baru terjadi atau sedang berlangsung.
-
PenerbitanPenerbitan adalah proses penghasilan dan pengedaran bahan bacaan seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, dan bahan digital kepada masyarakat.
-
Video AktivitiVideo aktiviti digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dokumentasi, pembelajaran, promosi, atau hiburan berkaitan PLKN 3.0.
-
GaleriGaleri digunakan untuk mengorganisasi, menyimpan, dan menampilkan foto PLKN 3.0 berdasarkan kategori atau tema tertentu.