Skip to main content

Berita

Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Latihan Khidmat Negara

25 April, 2025

KUALA LUMPUR, 23 April 2025 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya JLKN yang di hoskan oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Hj Ya’cob Bin Hj Samiran, Ketua Pengarah JLKN. 

Majlis Sambutan Hari Raya JLKN ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyemai semangat perpaduan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membina masyarakat Malaysia MADANI yang inklusif dan harmoni.

Sempena bulan Syawal yang mulia, majlis ini melibatkan kerjasama semua unit dan bahagian di dalam JLKN untuk menyediakan pelbagai juadah hari raya. Melalui jemputan hari raya ini, hubungan yang terjalin akan terus utuh, sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam menyumbang kepada kemakmuran dan pertahanan negara untuk kesejahteraan bersama.