Skip to main content

Berita

Perbarisan Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang

26 June, 2025

PEKAN, PAHANG - 24 Jun 2025 – Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Zainal telah menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (505 AW), Pekan, Pahang hari ini.
 
PLKN 3.0 Siri 2/2025 telah berakhir selepas 45 hari latihan intensif yang bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun 2025 di Kem Rejimen 505 AW. Seramai 257 pelatih lelaki berusia 18 hingga 25 tahun telah mengikuti latihan ini yang terplilih melalui sistem dan secara sukarela, mencerminkan kepelbagaian kaum, agama dan lokaliti.
 
Sepanjang program, pelatih didedahkan dengan modul latihan yang seimbang, merangkumi 70% latihan asas ketenteraan dan 30% komponen kenegaraan. Pendekatan ini bertujuan membentuk generasi muda yang berdisiplin, bermotivasi, serta memiliki semangat patriotik yang tinggi. Selain itu, program ini turut menanamkan kesedaran sivik, nilai-nilai murni, semangat perpaduan dan budaya kesukarelawan dalam kalangan pelatih.