Pemeriksaan Kesihatan Pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2025
Pemeriksaan Kesihatan Pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2025
Pada 12 Januari 2025, seramai 120 pelatih di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diterima masuk ke PLKN 3.0 Siri 1/2025. Pemeriksaan asas seperti tekanan darah dan tahap kecergasan dilakukan bagi memastikan kesediaan fizikal dan keselamatan pelatih sepanjang latihan 45 hari.
Saringan kesihatan ini penting untuk memastikan pelatih dapat mengikuti latihan dengan selamat dan berkesan dalam aspek ketenteraan serta kenegaraan.