Pada 12 Januari 2025, seramai 120 pelatih mendaftar secara sukarela di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur untuk mengikuti PLKN 3.0 Siri 1/2025. Program ini berlangsung selama 45 hari dengan modul Kenegaraan dan Ketenteraan bagi membentuk jati diri, disiplin, dan semangat patriotisme.
Suasana pendaftaran dipenuhi semangat serta sokongan keluarga. Program ini diharapkan melahirkan generasi muda yang berdisiplin dan berdaya tahan tinggi.