Skip to main content

Berita

Lawatan Timbalan Menteri Pertahanan ke Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan bertemu pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2025

07 February, 2025

Kuala Lumpur, 7 Februari 2025 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan lawatan ke Kem Rejimen 515 Askar Wataniah serta bertemu dengan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
 
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan latihan dan keadaan kem tersebut serta meninjau keberkesanan program dalam meningkatkan semangat patriotisme dan disiplin dalam kalangan peserta.
 
Selain itu, beliau turut berkesempatan bertemu serta memberi sokongan kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.