Skip to main content

Berita

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Kem 515 Rejimen Askar Wataniah

11 January, 2025

LAWATAN YBHG. DATIN ROSZANINA BINTI WAHAB, TKSU(U) KEMENTERIAN PERTAHANAN KE KEM 515 REJIMEN ASKAR WATANIAH

YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Kem 515 Rejimen Askar Wataniah pada 11 Januari 2025. Lawatan YBhg Datin bagi memantau persiapan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 1/2025 yang akan berlangsung pada 12 Januari 2025. 
Program (PLKN) Siri 1/2025 akan bermula pada 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025 iaitu selama 45 hari yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan lokaliti. Pelatih PLKN yang bakal mendaftar PLKN Siri 1/2025 esok adalah dari kalangan pemohon yang ingin menyertai program secara sukarela.


Para pelatih akan didedahkan dengan 70% modul ketenteraan dan 30% modul kenegaraan. 30% modul kenegaraan terdiri daripada elemen jati diri, elemen cinta negara dan elemen perpaduan. 70% modul ketenteraan pula terdiri daripaa kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia Madani dan kemahiran kepimpinan. 


Taklimat telah disampaikan oleh Mejar Mohd Solehin bin Ahmad, Komandan Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) 515 Askar Wataniah. Ahli rombongan turut melihat kemudahan fizikal dan logistik seperti CCTV, penginapan pelatih, dewan makan, pusat pemeriksaan kesihatan dan menu sajian untuk pelatih. 


Sesi lawatan turut disertai oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Hj Ya’cob bin Hj Samiran  Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Encik Mohamad Shaffie bin Hassan, Setiausaha Bahagian Kewangan, Encik Mohd Shahrizal bin Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Maslina binti Salleh, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Puan Nazlina binti Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan.