Berita
Eksplorasi Pemilihan Pelatih PLKN 3.0 di Dataran Sogo, Pasar Seni & Dataran DBKL
KUALA LUMPUR, 23 Disember 2024 – Bahagian Pengurusan Pelatih, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah memulakan sesi Eksplorasi Pemilihan Pelatih PLKN 3.0 yang berlangsung dari 23 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025 di tiga lokasi utama sekitar ibu kota iaitu Dataran Sogo, Pasar Seni, dan Dataran DBKL.
Program eksplorasi ini bertujuan untuk menarik penyertaan belia berumur 18 hingga 25 tahun secara sukarela dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 serta memberi penerangan kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja mengenai manfaat program ini.
Menurut wakil Bahagian Pengurusan Pelatih JLKN, eksplorasi ini bukan sahaja menyediakan platform pendaftaran secara langsung tetapi juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai modul latihan, faedah penyertaan, dan pengalaman yang bakal diperoleh oleh pelatih.
PLKN 3.0 menekankan latihan berteraskan disiplin, patriotisme, dan pembangunan sahsiah, dengan 70% latihan asas ketenteraan dan 30% modul kenegaraan. Pelaksanaan program ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing, berwawasan, dan berjiwa patriotik.
-
Siaran AkhbarSiaran akhbar digunakan untuk mengumumkan perkembangan baharu, acara, pencapaian atau kenyataan rasmi berkaitan PLKN 3.0
-
BeritaBerita adalah laporan atau informasi tentang suatu peristiwa atau kejadian PLKN 3.0 yang baru terjadi atau sedang berlangsung.
-
PenerbitanPenerbitan adalah proses penghasilan dan pengedaran bahan bacaan seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, dan bahan digital kepada masyarakat.
-
Video AktivitiVideo aktiviti digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dokumentasi, pembelajaran, promosi, atau hiburan berkaitan PLKN 3.0.
-
GaleriGaleri digunakan untuk mengorganisasi, menyimpan, dan menampilkan foto PLKN 3.0 berdasarkan kategori atau tema tertentu.